Testimoni 13
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya Puan Zuraida, seorang guru berusia dalam lingkungan 40-an dan berasal dari Lenggong, Perak. Saya adalah seorang pesakit yang telah menjalani rawatan bersama Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid, seorang Pengamal Perubatan Secara Islam. Saya telah mengalami pelbagai penyakit misteri berlarutan selama hampir dua tahun. Semua penyakit misteri tersebut datang bertukar-ganti. Antaranya ialah :
1. Sesak nafas.
2. Sakit dada.
3. Angin menyucuk-nyucuk dalam badan.
4. Perut kembung dan menjadi buncit serta keras seperti bola yang penuh diisi angin.
5. Kencing kotor.
6. Buang air besar berdarah.
7. Gastrik.
8. Tidak boleh menelan makanan dan minuman.
9. Hilang selera makan.
10. Asyik marah-marah.
11. Hilang deria bau.
12.Tidak datang haid selama beberapa bulan.
13. Darah haid berketul-ketul seperti hati ayam.
14. Hidung sering tersumbat.
15. Tekak rasa berkahak.
16. Lebam-lebam pada anggota badan terjadi semasa tidur dan akan hilang dalam beberapa hari.
17. Kepala selalu berasa sakit dan pening secara tiba-tiba.
18. Tapak kaki sering sakit sehingga sukar berjalan.
19. Kaki terasa berat sewaktu bangun dari tidur.
20. Selalu tersedak hingga sesak nafas ketika sedang tidur.
21. Tidur diganggu dengan mimpi digigit oleh binatang.
22. Sakit belakang dan urat belikat seperti memikul benda berat serta tangan sebelah kiri terasa berat dan sukar diangkat.
23. Rasa malas yang bersangatan untuk membuat kerja rumah.
24. Badan rasa tidak bermaya dan lesu.
25. Badan mengeluarkan bau yang tidak enak terutama ketika melakukan hubungan intim dengan suami.
26. Rasa takut yang amat sangat ketika berada di dalam rumah terutama selepas waktu asar hingga isyak dan sentiasa kena berteman .
27. Merasakan ada orang sedang melihat saya di mana saja saya berada.
28. Dada menjadi sakit dan telinga berasa geli sewaktu membaca al-Quran.
29. Rasa bergerak-gerak pada anggota badan termasuk bahagian perut seakan berombak-ombak.
30. Tidak boleh berada di dalam masjid kerana dada akan berasa sakit ketika berada di dalamnya.
Pada peringkat awalnya dahulu, saya telah pergi mendapatkan rawatan moden di hospital kerajaan dan swasta. Malangnya semua doktor termasuk doktor pakar di sebuah hospital swasta yang terkenal di Bandar Taiping pun tidak dapat memastikan penyakit sebenar saya.Doktor mengesyaki saya mengalami sakit angin gastrik.Saya juga pernah dimasukkan ke wad kecemasan kerana sesak nafas.
Saya pernah mendapatkan rawatan susulan di sebuah klinik swasta dan setelah dibuat pemeriksaan semula,doktor mengesahkan saya sudah sihat,sedangkan hakikatnya saya masih sakit.Saya mula mengesyaki sesuatu yang tak kena telah terjadi pada diri saya.Bertitik-tolak dari situlah saya mula mendapatkan rawatan alternatif secara Perubatan Islam.
Seingat saya, saya telah menjalani rawatan dengan tujuh orang pengamal perubatan secara Islam di merata tempat sebelum ini. Penyakit saya hanya pulih selama beberapa hari sahaja.Selepas itu saya akan sakit kembali.Saya berasa amat sedih dan susah hati.Urusan rumahtangga semakin tidak menentu.Alhamdulillah, suami dan anak-anak memahami masalah saya.
Kemuncak penyakit saya ialah sehingga saya tidak dapat menelan makanan. Setelah saya mengunyah makanan, saya tidak boleh menelannya dan menjadi seolah-olah tidak tahu bagaimana untuk menelan makanan tersebut. Jika saya paksakan diri untuk menelan juga, saya akan tersedak dan lemas sehingga tidak boleh bernafas. Seterusnya saya akan menjadi penat dan tercungap-cungap. Saya menjadi takut untuk makan walaupun perut sebenarnya berasa sangat lapar dan kerap berbunyi. Berat badan pula semakin menurun.
Sehinggalah pada suatu hari,setelah hampir kecewa kerana tidak tahu ke mana lagi hendak berikhtiar berubat,suami saya mencadangkan supaya saya bertemu seorang pengamal perubatan secara Islam yang ditemuinya di internet, iaitu Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid di Alor Setar,Kedah.
Pada masa itu saya memang langsung tidak boleh menelan makanan dan hanya mampu menitiskan air mata mengenangkan nasib yang menimpa diri.Tanpa membuang masa saya minta suami menelefon Ustaz Hj.Hanafi. Alhamdulillah, ustaz bersetuju menerima kunjungan kami keesokan harinya. Setelah ustaz merawat saya buat kali pertama,barulah saya tahu yang saya sebenarnya telah disihirkan dengan menggunakan khidmat bomoh orang asli oleh seseorang yang saya kenali dan tidak menyangka sama sekali.Ustaz tidak menamakan pelaku sihir tersebut tetapi meminta saya dan suami menunaikan solat istikharah untuk mengetahuinya. Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t telah memberi petunjuk kepada kami.
Ustaz Hj.Hanafi telah datang memagar rumah saya. Setelah rumah saya dipagar dan selepas dirawat, dengan izin Allah s.w.t saya tidak lagi takut untuk tinggal di dalam rumah dan sudah mula boleh membuat kerja rumah seperti biasa.Sehinggalah hari ini, setelah mengikuti beberapa kali sesi rawatan bersama Ustaz Hj.Hanafi, alhamdulillah penyakit saya telah pulih. Syukur kehadrat Allah s.w.t. dan terima kasih yang amat sangat kepada Ustaz Hj.Hanafi yang telah merawat saya.Terima kasih juga kepada isteri ustaz yang sudi melayan kunjungan saya dengan mesra dan amat baik ke rumahnya sepanjang menjalani rawatan. Kini saya boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan boleh makan dengan sempurna. Semua makanan yang dinasihatkan oleh doktor agar jangan dimakan kerana penyakit gastrik dahulu telah saya makan semula.Saya telah mula bersemangat untuk bekerja.
Kepada orang yang telah menyihirkan saya, bertaubatlah sebelum ajal tiba.Kehadrat Allah s.w.t. saya berserah agar saya tidak diganggu lagi dengan sihir seumpamanya ini.
Kepada sesiapa yang mengalami nasib seperti saya, saya syorkan supaya anda datanglah berjumpa dengan Ustaz Hj.Hanafi Bin Hj. A. Rashid di Alor Setar, Kedah. Insyaallah, anda juga akan sihat seperti saya. Semoga Allah s.w.t. memberikan balasan yang setimpal terhadap jasa dan pertolongan ustaz kepada saya dan semua pesakit yang menjalani rawatan bersamanya.Saya doakan ustaz terus dianugerahkan kesihatan yang baik agar dapat membantu pesakit seperti saya yang amat memerlukan bantuan.
Sekian dari saya,
Cikgu Zuraidah,
Perak.