Testimoni 1
Saya Morni Bt Abdullah tinggal di Kedah berusia 35 tahun, telah mengalami masalah penyakit misteri lebih kurang 18 tahun.Masalah yang saya hadapi ialah tidak boleh makan, tidak boleh tidur serta tidak boleh tinggal dalam rumah.Badan saya menjadi kurus kering tidak bermaya.Keluarga saya telah puas berusaha untuk merawat saya.Pernah saya dibawa ke salah sebuah Hospital Pakar di utara kerana saya mengamuk tanpa boleh saya kawal,tapi pehak hospital memberi jawapan saya tiada sebarang penyakit.Selain mendapatkan rawatan moden saya juga pergi mendapat rawatan tradisional,namun masalah saya masih tidak dapat diselesaikan.Sehinggalah saya dibawa oleh suami saya berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi untuk mendapatkan rawatan.Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dalam tempoh yang tertentu (singkat ),maka kini saya telah pulih sepenuhnya.Saya boleh makan dan minum seperti orang lain,boleh tidur serta badan saya kembali sehat dan berisi.
Testimoni 2
Saya Hj Zainal Abidin dari Kg. Sg layang-layang,Parit,Perak telah menghadapi masalah tidur selalu terganggu dengan mimpi-mimpi yang menakutkan serta keesokan harinya badan saya menjadi letih tidak bermaya,pernah rasa macam lumpuh 3 tahun dan lain-lain kesakitan yang menyakitkan silih berganti.Begitu juga dengan isteri saya mengalami masalah yang sama seperti saya.Kami suami-isteri telah mengalami masalah ini selama 25 tahun.
Sepanjang 25 tahun itu tak putus-putus kami berusaha berubat kesana kemari dari rawatan moden hinggalah secara tradisional, namun penyakit kami tidak pernah selesai.Pada suatu hari saya terbaca satu iklan rawatan tradisional secara islam yang dijalankan oleh Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid dalam sebuah majalah,lalu saya tidak membuang masa lagi terus menemuinya di Alor Setar,Kedah untuk mendapatkan rawatan darinya.
Selain Ustaz Hj Hanafi merawat diri kami berdua beliau juga memulihkan rumah kami.
Kini Alhamdulillah,setelah kami menjalani rawatan darinya kami dah sembuh dan kami dapat merasai kehidupan biasa dengan selesa sekali yang sebelum ini kami tak dapat rasainya.Saya ucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid yang dengan berkat usahanya saya dan isteri telah pulih sepenuhnya.
Testimoni 3
Saya yang bernama Syed Ahmad Bin Syed Kamaruzzaman telah mengalami satu penyakit yang tidak pernah saya terfikir selama ini. Iaitu saya merasakan badan saya terlalu berat seperti sedang memikul barang yang berpuluh-puluh kilogram beratnya.Akibat dari itu saya tidak lalu makan menjadikan badan saya susut teruk, saya tidak dapat bergerak lincah kerana badan terasa terlalu berat,sampaikan saya menangis bila saya nak bangun solat subuh.Penyakit saya ini telah telah berlarutan hampir 2 tahun.Kerana tak mampu untuk bergerak cergas menyebabkan kerjaya saya sebagai Jurutera Komputer di sebuah Syarikat terkemuka terganggu sehinggakan saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
Saya telah berusaha merawat sakit saya ini melalui rawatan moden,namun penyakit saya tidak berkurang.Hinggakan pehak rawatan moden ini menyatakan saya sakit jiwa,namun saya tetap menafikannya,kerana saya sedar yang saya tidak sakit jiwa,apa yang saya rasai adalah benar-benar wujud.Alhmdulillah ! dengan izin ALLAH s.w.t saya diketemukan dengan Ustaz Hj Hanafi.Pada permulaanya beliau membuat pengesanan punca penyakit saya dan beliau menyatakan saya terkena perbuatan sihir sesaorang,pada peringkat awalnya saya hampir tidak percaya kerana saya tidak bermusuh dengan sesiapa.Namun Ustaz tetap menyatakan yang saya muktamad terkena sihir supaya saya tidak dapat meneruskan kerja lalu dibuang kerja.Dengan penuh harapan kepada ALLAH saya pun terus memulakan rawatan dengan ustaz.
Sewaktu saya memulakan rawatan itu saya dah pun bercuti tanpa gaji hampir 6 bulan.Alhamdulilah dengan berkat usaha Ustaz saya dapat dipulihkan dan kini telah sehat serta dah pun memulakan kerja saya semula.Pada orang yang mengkhianati saya itu saya harap dia bertaubat dan kembali kepangkal jalan.Akhir sekali saya ucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Hj Hanafi kerana berusaha untuk mengubati saya.Syurkur Alhamdulillah.
Testimoni 4
Saya bernama Syarifah Saudah Binti Syed Abdullah tinggal di utara semenanjung.Saya mengalami masalah penyakit tidak boleh tidur,tidak lalu makan hingga badan saya susut teruk, seluruh badan terasa bisa-bisa,waktu siang malam kaki terasa sejuk,tidak boleh pijak lantai simen tanpa alas kaki,badan terasa letih tidak bermaya,gelisah duduk dalam rumah,tidak mampu melayan suami dan sentiasa runsing.
Semua masalah itu sangat mengganggu saya hingga kerjaya saya terjejas.Sering saya minta cuti sakit,pehak doktor menyatakan bahawa saya berpenyakit misteri.Saya telah berusaha pergi berubat merata tempat baik secara moden maupun tradisional,namun Sakit saya masih berlarutan hingga menjangkau 15 tahun.
Dipendekkan cerita akhirnya saya terjumpa tentang kesah Ustaz Hj Hanafi ini membuat rawatan di dalam sebuah majalah tempatan,dengan itu saya terus menemui beliau untuk mendapatkan rawatan darinya.Ketika menjalani rawatan darinya beliau menyatakan yang saya terkena perbuatan sihir.Alhamdulillah setelah beberapa lama saya menjalani rawatan dengan beliau kini saya telah sembuh sepenuhnya.
Testimoni 5
Saya Mohd Zaid Bin Abdullah berasal dari Ampangan Seremban,Negeri Sembilan.Saya telah mengalami kemerosotan dalam bisnes saya yang amat teruk.Saya menjalankan perniagaan kontraktor kecil-kecilan dalam pembinaan juga dalam service membaiki rumah.Pada peringkat awalnya perniagaan saya berjalan dengan baik,namun lama-kelamaan perniagaan saya makin merosot hinggakan sehingga tiga empat bulan tiada kerja.Dalam tempoh tiga empat bulan tu sekali sekala sahaja dapat kerja.Isteri saya pula buat jualan kecil-kecilan di rumah,itu pun tak menjadi.Bukan itu sahaja bahkan badan saya jadi letih lesu,malas dan fikiran buntu,hubungan dengan isteri pun renggang tidak sebaik dulu.
Pada suatu hari saya terbaca kesah rawatan Ustaz Hj Hanafi ini dalam sebuah majalah Tempatan,kalau tak silap saya majalah Popular Misteri.Ekoran dari itu saya menemui Ustaz Hj Hanafi di Pusat Rawatannya di Alor Setar,Kedah dan saya ceritakan masalah yang saya alami.Setelah Ustaz Hj Hanafi membuat pengesanan punca masalah saya dia mengatakan bahawa saya terkena perbuatan sihir.
Tanpa membuang masa lagi saya terus bersetuju menjalani rawatan dengannya.Dia juga datang ke rumah saya untuk memulih dan memagar rumah saya.Alhamdulillah selepas rawatan itu selesai bisnes saya bertambah baik dan kini saya tidak henti-henti dapat kerja.Hubungan saya dengan isteri saya kembali pulih bahkan seperti macam malam pengantin pula rasanya.Saya ucapkan jutaan terimakasih atas usaha ikhtiar Ustaz dalam membantu menyelesaikan masalah saya.